Monday, February 4, 2013

Bebelan Empat : Atkin oh Atkin

Dear Diari,

Semalam aku jumpe group Kelab Diet Atkin kat facebook. Aku request join group tu. Sebenarnya aku saje je jalan-jalan kat dalam group tu. Tapi, bila aku baca semua post-post, komen-komen semua berkenaan DIET ATKIN.

Apa itu DIET ATKIN?

Diet Atkins lebihkan sumber protien daripada karbohidrat. Diet Atkin adalah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api.
Ini bererti berat badan kita akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengikuti program diet ini. Dulu masa study kat UPM, saya penah buat diet ni. Memang berkesan. Dari pakai seluar saiz 38, aku boleh pakai seluar 34 dalam masa seminggu je. Berkesan kan?

Moga impian aku ini berjaya. Doakan aku ye.

Today aku nak start diet. Mulakan dengan Fasa 1 : Induction.

Good Luck Myself! 

Salam Sayang,
Cik Debab

Friday, January 18, 2013

Bebelan tiga : Sakit telinga

Dear Diari,

Dah tiga hari
aku sakit telinga,
Dah tak tahan sangat,
gi la klinik.

Niat di hati
nak gi klinik swasta
cepat . mudah . mahal

Dah tak tahan dah.
Tapi.....
semua klinik swasta tutop.
terpaksa jugak la ke bahagian kecemasan
Hospital Jelebu.

Tunggu dalam 10 minit
dipanggil masuk
MA tanye
"Sakit telinga ye dik?"
Saya jawab
"Ye bang"

Dia pun check
Tetiba dia cakap
"Fuh, ada kutu babi nih"

Aku?
"Haha. Adeh. Cemane lak ade kutu khinzir lak nih"
Dengan serta merta
dia suruh aku baring

Tetiba je
4 orang MA datang
nak tengok telinga aku
Diorang nih
tak pernah tengok kutu khinzir kah?

MA tadi pon try
nak tarik kutu khinzir tersebut.
Tiba-tiba
die cakap kutu tu dah hilang pulak

Chek chek balik
rupe-rupenye
tahi telinga rupanya.
Dah jadi keras.

Fuh. Sesedap rase je
diorang sembur dengan air laju.
Pening weh.
Sakit lagi la.

Serik.
Taknak korek telinga pas mandi.
Janji!
Tak buat lagi.



Thursday, January 17, 2013

Bebelan Dua : Aku Suka Dia

Baru lepas berfacebook.
Saya chat dengan dia.
Sebenarnya saya nerves.
Saya jarang tegur dia.
Saya buat-buat cool.
Tapi dalam hati?
dag dig dug.

Saya malu.
Tiap-tiap hari.
Saya curi-curi lihat dia.
Saya malu.

Esok.
Saya nak lari.
Saya tak nak jumpa dia.
Saya rasa malu.

Awak.
Saya suka kat awak.
Saya nak jadi milik awak.
Saya harap saya ada jodoh dengan awak.

*mimpi biar sampai ke bintang kerana terukir di bintang, tak mungkin hilang, cintaku padamu.*

Salam sayang,
Cik Debab

Tuesday, January 15, 2013

Bebelan Satu : Debab Versus Jodoh



Assalammualaikum.

Dear diari,

Seperti yang kamu tahu, aku ni seorang gadis yang debab. Tahun 2013 ni akan membuatkan umur aku berganjak kepada 27 tahun. Apa? 27 tahun?

Aku merupakan seorang guru tadika. Ada ijazah. Belum berpunya. Belum berkahwin. Sudah ada anak. Anak murid & anak buah. Anak sendiri? Entahlah.

Aku beranggapan mungkin kerana aku debab, tiada siapa yang tertarik kepadaku. Memang. Jodoh itu rahsia Allah SWT.
Namun, kita perlu berusaha untuk mencari jodoh itu kan? Mana tidak aku risau. Kawan-kawan satu sekolah rendah menengah, satu universiti hampir semuanya telah mendirikan rumah tangga malah sudah ada anak 3 hingga 4 orang. Aku?

Maybe aku bertuah sebab mak dan family aku bukannya jenis mendesak suruh kahwin. Even mereka tak pernah bertanya siapa boipren aku. Aku pun jenis pendiam. Bukan suka bercerita sana sini. Dengan kawan-kawan pun aku jarang nak cerita tentang kehidupan peribadi aku.

Walaupun mak dan famili aku langsung tak bising or bertanyakan tentang boipren, tapi dalam hati aku nih memang rasa risau sangat. Aku takut . Aku mahu sekiranya aku berkahwin nanti, aku nak mak aku ada di hari bahagiaku. Sempat kah aku? Mak makin tua. Ajal maut ditangan Tuhan. Sempatkah aku?

Jadi, aku mengambil keputusan untuk mengubah cara hidup aku.
Be positive. Be active. Be Creative. Be Mine.

Jadi? Doakan aku ya.

*15 Januari 2013. Nak setat diet yang sihat. In Shaa Allah. Aku boleh! Yes! I can do it!*

Salam Sayang,
Cik Debab.

Bebelan : Mukaddimah



Assalammualaikum.

Dear diari,

Hari ini, 15 Januari 2013 bersamaan 2 Rabiulawal 1434 hijrah. Pukul 2.44 pagi.

Apa yang istimewanya hari ini?

Aku memilih untuk buat blog baru untuk aku membebel, menconteng dan meluahkan segala apa yang aku rasa.
Memang aku sudah ada blog, cuma aku cipta blog baru ini kerana blog ini lebih bersifat "private". Aku tak mahu kengkawan aku tahu tentang kewujudan blog ini. Aku segan.

Kalau dilihat tajuk blog ini pun, "DIARI GADIS DEBAB" kamu akan tahu yang saya ni seorang gadis yang debab.
Debab tu sama lah maksud dengan chubby, montel, tembam, gebu atau perkataan sinsitipnya ga mim wau kap - Gemuk.

Dalam blog ini, aku akan lebih menumpukan kepada usaha aku untuk menjadi gadis yang sihat, kurus dan chantek. Opps.
Maksud sihat adalah lebih cergas dan aktif.
Maksud kurus pula adalah berat badan yang ideal: tidak terlalu kurus, tidak terlalu gemuk.
Maksud chantek pula adalah chantek dari segi luaran dan dalaman. Seiring.

Jadi, aku akan membebel banyak perkara. So, kalau kamu nak baca tentang kehidupan seorang gadis debab, inilah blognya.
Tak semua gadis kurus itu chantek dan tak semua gadis debab itu tak chantek. Ianya subjektif.

Okehla. Sampai sini je bebelan permulaan blog ini.

Jumpa lagi.

Salam sayang.
Cik Debab.